Sunday, July 18, 2010

Mengapa Wanita Sangat Istimewa

PENDAHULUAN

Bagaimanakah seorang lelaki menerangkan perihal seorang wanita? Lelaki A mungkin berpendapat bahawa wanita adalah kaum Hawa yang cantik dan menawan dan ibarat sebuah perhiasan atau sekuntum bunga. Lelaki B pula berpendapat wanita adalah kaum yang cerewet serba-serbi dan ibarat bunga juga tapi bunga tahi ayam. Lelaki C pula teringat pada ibunya sendiri, betapa ibunya banyak berkorban demi keluarga, sedangkan ayahnya seorang yang selalu berkata ‘life begins at forty’. Lelaki D teringat pada super model dan berpendapat bahawa wanita suka dedah sana dedah sini, tidak seperti lelaki yang kalau boleh mahu tutup semua. Ibarat sekumpulan orang buta meraba seekor gajah, wanita digambarkan oleh kaum lelaki dengan ciri-ciri yang berbeza-beza.

Benarkah kaum wanita lebih memahami wanita? Tak tahulah. Mungkin juga. Namun wanita tidak mudah percaya pada wanita lain walaupun wanita itu kawan rapatnya. Adakah wanita lebih percaya pada lelaki berbanding kaum sejenisnya? Tak tahulah. Namun di sisi wanita ada lelaki dan mereka boleh hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Mereka boleh hidup bahagia walaupun lelaki itu masih tidak faham siapakah sebenarnya yang dikatakan seorang wanita, sedangkan dia tidur dan mandi bersama wanita.

Lelaki suka tengok wanita, tengok sekali imbas, tengok dua kali, tengok berulang kali, tenung, main mata, jeling-jeling, macam-macam. Kalau wanita itu cantik, tak cukup sekali pandang. Pandang tu pandang juga la, tapi tak faham. Walaupun lelaki dianggap kaum yang bijak, dia tidak boleh mendabik dada mendakwa dia kenal siapa wanita seolah-olah wanita berada dalam poketnya. Wanita kejadiannya bengkok, kalau dia berkata tidak, mungkin dia bermaksud ya. Sambil cuba menyelesaikan teka-teki itulah lelaki tetap tertarik pada wanita, kaum yang sangat istimewa.

APA YANG WANITA BUAT

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas… leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap…

susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi… check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu… memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong…. salin la gula… check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi… ishh…ni lauk bila ni, semalam… dah beku dah… basuh la kejap…. pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh… penat dah ni, besok je la basuh… sidai kaian lap je lah…

tik… bunyi air dah masak… salin air dalam flusk… ok settle…

baru teringat tak semayang lagi… on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi… nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska… check… baju 2 pasang, towel… towel kecik utk selsama… calamine lotion untuk sapu ruam… pampers 4 keping…. alamak.. telupa pulak masukkan botol… basuh botol jap… ok settle…

ternampak pulak beg g keje… emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je… salin jap barang2 g beg coklat… cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti… hishhh sempit la beg ni… hangin je… nak kena beli ni beg baru… rasenya 25 hb ni Sogo sale nih… mana flyers tadi ek… ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa.. ok settle…

Tetiba dengar suara papa…
“..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….
“..yelah nak tido la ni.. nak smayang jap…”

masuk toilet.. buat apa2 yang patut… cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu… adoi.. gosok gigi… smayang… pakai toner… pakai treatment cream… nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak… huhuhuhu…

bukak almari… emmm… pakai baju hijau ni lah besok… gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni… kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh… g dapur, basuh, sambung gosok baju… gantung elok2… kemaskan baju gantung2… masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor… ok settle..

dgr suara papa lagi…
“..i dah ngantuk ni..”

..dalam pada nak masuk ke bilik… owh… pokok aku dah nak mati ni ha.. lupa dah 3 hari tak siram… ok, siram jap… check jap pintu ni… sah tak kunci lagi… grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku… bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2… masukkan la dalam bakul mainan budak ni… banyak nya… sampai bawah meja makan pun ade… adoi…. ok dah …

ok dah boleh baring… adoi sakitnya pinggang… cium si comel ni kejap… selimutkan die… la.. napa basah ni… emm, tukar la pempers ni… tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la… nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali… ok sayang tido k… kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k… gud nite.. sweet dreams…

aaahh… sedapnya dapat baring… mana pulak lotion sapu kurus aku nih… ha, ni dia… sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm… setkan program kerja besok… pg kul 9.30 ade meeting.. ahh… boring… panas pulak lotion nih.. dah la… emm.. sedapnya lelapkan mata… Ya Allah… terima kasih untuk rezekiMU hari ini,… mohon keberkatan dari mu tuhan… papa pun bangun tutup tv…

“…i dah ngantuk sangat ni… nak tido lah… citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”

…selang seminit … dengar suara papa berkeruh… dah agak dah….

So?…. apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?

…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT…. tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

KESIMPULAN

Adakah wanita lebih banyak kerja berbanding lelaki? Mungkin ianya benar, mungkin tidak. Bergantunglah pada jenis wanita itu. Ada juga wanita yang jadi suri rumahtangga tapi suaminya yang memasak dan membasuh pakaian, menyalin lampin anak, menggosok baju dan sebagainya. Pendek kata, lain padang lain belalang. Keadaannya tidak sama. Siapa yang sudah berumahtangga tentu lebih faham duduk perkara.

Apa pun, kaum lelaki perlulah memahami bahawa wanita cukup istimewa. Dalam rumahtangga, isteri yang bertanggungjawab tentulah akan bertungkus-lumus mempastikan semuanya beres. Ini termasuklah hal mendidik anak-anak, bukan saja mempastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat, bukan saja mempastikan suami rasa lebih sayang. Sedapat-dapatnya seorang wanita akan memasukkan elemen kasih-sayang dalam masakan, membasuh baju, menjemur kain, menggosok baju, dan sebagainya lagi termasuklah dalam hal berleter kepada suami. Mereka lakukan kerana mereka sayang suami dan sayang anak-anak. Mereka lakukan kerana mereka punya emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Dan lelaki pula, diam dan dengar mungkin langkah terbaik. Dengan mendengar rungutan dan leteran isteri, para suami akan lebih memahami hati isterinya kerana hatinya berada di mulutnya. Wanita sanggup buat kerja-kerja di rumah, tapi lelaki perlu sanggup menghargai mereka dan mengambil berat terhadap rungutan dan leteran mereka.

0 comments: